Merupakan salah satu cawangan di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan cawangan ini melaksanakan operasinya di Aras 9 (Timur) Menara Pusat Islam JAWI.
FUNGSI
Pengurusan Pentadbiran Am
Pengurusan Kenderaan dan Fasiliti
Pengurusan Keselamatan
Pengurusan Aset Alih Jabatan
Pengurusan Kualiti
AKTIVITI
1. Pengurusan Pentadbiran Am
Menguruskan semua perkara berkaitan urusan fail Bahagian Khidmat Pengurusan.
Menguruskan penghantaran surat dan despatch Bahagian Khidmat Pengurusan.
Menguruskan Kad Perakam Waktu Jabatan.
Menguruskan dan memantau dewan, bilik mesyuarat dan premis Jabatan
Menguruskan tempahan makanan mesyuarat Jabatan.
Melaksana peraturan dan arahan dari Akta, Pekeliling, Surat Pekeliing dan Surat Arahan berkaitan dengan pentadbiran, Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), keputusan Kerajaan, Keputusan Ibu Pejabat dan lain-lain agensi yang berkaitan.