05:53
Subuh
07:31
Dhuha
13:19
Zohor
16:44
Asar
19:28
Maghrib
20:43
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Sosial

Pusat Khidmat Keluarga Sosial dan Komuniti (PKKSK)

PENGENALAN

 

Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) yang  dulunya  dikenali       sebagai  Pusat  Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Pusat Khidmat Sosial(PKS)  merupakan  program jangka panjang   Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam  Negeri-negeri  (JAIN)  seluruh Malaysia  dalam  mengatasi  masalah sosial  masyarakat  Islam  di negara  ini yang  semakin  serius  dan membimbangkan.

 

TUJUAN PENUBUHAN

 

  1. Membantu memperkukuh peranan institusi kekeluargaan Islam di Wilayah Persekutuan melalui  sesi  khidmat nasihat yang dijalankan.
  2. Membantu masyarakat menyelesaikan masalah yang dihadapi    berkaitan    dengan   isu   rumah  tangga,   kekeluargaan,  remaja,  kejiranan  serta  keagamaan.
  3. Memberi kemudahan kepada masyarakat mendapatkan khidmat nasihat secara langsung dan percuma pada masa-masa yang telah ditetapkan.
  4. Berusaha menangani masalah gejala sosial yang berlaku dalam  masyarakat  melalui  program-program yang diadakan.
  5. Penyediaan perkhidmatan khidmat nasihat oleh pegawai yang  terlatih  dan  mampu  memberi nasihat secara berkesan.
  6. Mendekatkan dan menjalinkan hubungan masyarakat setempat dengan pihak jabatan serta institusi-institusi agama yang lain.

 

MODUL PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang disediakan di PKKSK adalah berdasarkan modul-modul yang telah dirangka dengan teliti merangkumi aspek akidah, kekelurgaan, komuniti dan sosial.

 

  1. Ibu Hamil
  2. Kemahiran Keibubapaan
  3. Pendidikan Kanak-kanak
  4. Pengukuhan Aqidah
  5. Pembangunan Remaja
  6. Perkhidmatan Saudara Baru
  7. Perkhidmatan Kejiranan
  8. Khidmat Nasihat Awam
  9. Keluarga Bermasalah

 

 

PERKHIDMATAN 

PKKSK berfungsi sebagai sebuah pusat tumpuan kepada masyarakat yang menjalankan pelbagai aktiviti dan menjadi pusat rujukan masyarakat bagi pelbagai masalah. Perkhidmatan yang disediakan adalah  berbentuk :

Khidmat Nasihat/Perundingan:

            - Konflik Kekeluargaan/Rumahtangga

            - Konflik Sosial/ Komuniti

Soal Jawab Persoalan Agama

Kursus/ Bengkel/ Seminar/ Motivasi

Bantuan Rujukan Kepada Agensi Berkaitan

LOKASI PUSAT KHIDMAT KELUARGA SOSIAL DAN KOMUNITI (PKKSK)

1) UTC PUDU SENTRAL

 

Tingkat 3, Pudu Sentral,

Jalan Pudu,

55100 Kuala Lumpur               

No. Tel : 03-20220387

No. Faks : 03-20221547

 

  2) UTC KERAMAT

 

Tingkat 1, Keramat Mall,

Jalan Datuk Keramat,

Kampung Datuk Keramat,

54000 Kuala Lumpur   

No. Tel : 03-42650947

No. Faks : 03-42652465

Kedai Makan Asnaf 1 Malaysia

 KEDAI MAKAN ASNAF 1MALAYSIA
 

 

           alt

 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  telah mengadakan Program Kedai Makan Asnaf 1Malaysia bermula pada 1 Januari 2013  bertempat di No. 25, Bangunan Darul Jam’iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Antara objektif program ini adalah bagi membantu golongan asnaf untuk mendapatkan keperluan asas makanan dan meningkatkan kefahaman Islam melalui program-program yang diadakan.

Program ini berbentuk pemberian makan tengahari secara percuma kepada golongan asnaf fakir, miskin, saudara baru, gelandangan dan terbuka kepada mana-mana kakitangan kerajaan/ swasta yang berpendapatan di bawah had kifayah.

Masa pengedaran makanan adalah mulai jam 12.45 tengahari hingga 4.00 petang setiap hari. Menu makanan yang disediakan adalah variasi makanan seimbang dan ia boleh dinikmati di premis ini atau dibungkus mengikut keperluan pengunjung.

            Selain daripada makan tengahari percuma, program ini juga mengadakan kelas-kelas pengajian Islam yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang terpilih untuk memberi pengetahuan asas al-Quran, fardhu ain, akhlak dan motivasi. Kelas-kelas ini dijalankan pada setiap hari Isnin hingga Khamis sepanjang tahun. Selain itu, urusetia JAWI yang dilantik akan memantau secara harian dan memberi khidmat nasihat kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

            Program Kedai Makan Asnaf 1Malaysia ini merupakan usaha dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui pelaksanaan dakwah bil hal iaitu bukan sahaja pengisian jasmani malah pengisian rohani bagi golongan asnaf sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

No. 25, Bangunan Darul Jam’iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

 

 

 

Asrama Darul Hidayah MAWIP Kg. Baru

ASRAMA DARUL HIDAYAH MAIWP KG. BARU

(Pusat Transit dan Kegiatan  Saudara Muslim)

 

 

        Untuk menjaga kebajikan saudara muslim di Wilayah Persekutuan, sebuah blok kediaman empat (4) tingkat berkonsepkan studio apartment dengan keluasan tanah 971.28 meter persegi, telah dijadikan pusat transit (penempatan sementara) dan kegiatan saudara muslim yang dikenali sebagai Asrama Darul Hidayah MAIWP Kg. Baru.

        Pusat ini terletak di kawasan strategik di tengah-tengah ibu kota dan berdekatan dengan beberapa institusi pendidikan. Pusat ini telah mula beroperasi sejak 01 Disember 2012. Pusat ini dapat menempatkan seramai 50 orang penghuni pada satu masa. Syarat-syarat kemasukan ke pusat ini adalah seperti di Lampiran.

            Pusat ini juga menyediakan kemudahan bilik penginapan (20 unit) yang dilengkapi dengan bilik air dan pantry. Manakala dua (2) ruang rehat ditempatkan di setiap tingkat untuk kegunaan para penghuni. Di tingkat bawah pula dilengkapi dengan bilik pengurusan berhawa dingin.

            Selain daripada kemudahan penginapan sementara untuk tempoh enam (6) bulan, pusat ini juga menyediakan kemudahan kelas pengajian mengikut tahap-tahap tertentu iaitu pra-asas, asas, pertengahan dan lanjutan.

 

Asrama Darul Hidayah MAIWP (Kg. Periuk)

Lot 96B, Seksyen 41,Jalan Dato‘ Abdul Razak,

Kampung Baru,50300 Kuala Lumpur.

Tel : 03-22749333    Faks : 03-22725245

 

Prosedur Kemasukan Asrama Darul Hidayah MAIWP Kg. Baru, Kuala Lumpur

 

 

avatar-title
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar