PIAGAM PELANGGAN

Berusaha untuk memartabatkan Undang-undang Jenayah Syariah dengan melaksanakan tugas pendakwaan dengan cekap dan adil demi menjaga kemaslahatan umat Islam sekaligus membendung kemungkaran dan kemaksiatan dalam Wilayah-wilayah Persekutuan dengan:

·         Menyemak setiap Kertas Siasatan yang diterima daripada Bahagian Penguatkuasaan JAWI dan membuat keputusan samada kes boleh didakwa dalam tempoh satu (1) bulan. 

·         Memfailkan Kertas Pertuduhan dan menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan ke Mahkamah dalam tempoh satu (1) minggu.

·         Berusaha memastikan kes yang disabitkan kesalahan selesai 80 hingga 90 peratus.