05:53
Subuh
07:31
Dhuha
13:19
Zohor
16:44
Asar
19:28
Maghrib
20:43
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Pendakwaan

 

Cawangan ini bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kwangan dan hal ehwal pentadbiran termasuk surat menyurat, cuti, dan mesyuarat. Di samping itu juga, cawangan ini juga bertindak menguruskan semua tuntutan perjalanan dan elaun pegawai dan kakitangan Bahagian Pendakwaan. Bagi tujuan rekod, cawangan ini bertindak menyelaras rekod fail dan pergerakan fail Mahkamah Tinggi/ Rayuan dan Mahkamah Rendah di Bahagian Pendakwaan. Selain itu juga cawangan ini menyelaras rekod pendaftaran kes, status peringkat siasatan, sebutan atau perbicaraan kes, statistik kes, dan maklumat bahagian pendakwaan untuk kegunaan jabatan dan agensi-agensi berkaitan. Ketua cawangan ini terdiri daripada Pegawai Syariah LS41 dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir N27 bersama Pembantu Tadbir N17 serta Pembantu Am Pejabat N11.

 

 

 

 

Cawangan ini bertindak mengendalikan kes-kes rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah dan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah menerusi penyediaan notis rayuan, petisyen rayuan, notis bantahan, afidavit-afidavit lain yang berkaitan dengan kes rayuan. Selain itu juga, cawangan ini juga menyelaras pengendalian kes-kes Mahkamah Tinggi Syariah di mana denda melebihi RM1000 hingga RM5000 atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali termasuk menyemak dan mengesahkan  deraf pertuduhan daripada Pendakwa Syarie. Cawangan ini juga bertindak hadir bersama dengan Ketua Pendakwa Syarie dalam mengendalikan kes rayuan dan mengendalikan kes-kes Mahkamah Tinggi yang berprofil tinggi. Ketua cawangan ini terdiri daripada Pegawai Syariah LS48 dan dibantu oleh pendakwa-pendakwa syarie yang terdiri daripada Pegawai Syariah LS44 dan LS41.

 

 

 

 

Cawangan ini menguruskan fail kes-kes kesalahan yang berbentuk matrimoni dan jenayah di mana denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.Cawangan ini bertindak menyemak kandungan fail yang diterima daripada Ketua Pendakwa Syarie dan meminitkan pengagihan fail kes kepada Pendakwa Syarie. Di samping itu juga, cawangan ini juga menyemak dan mengesahkan deraf pertuduhan kes mahkamah rendah daripada Pendakwa Syarie. Bagi urusan kehadiran Pendakwa Syarie, cawangan ini telah menyelaraskan kehadiran Pendakwa Syarie yang akan mengendalikan kes-kes sebutan dan perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah. Apabila di peringkat perbicaraan, cawangan ini bertanggungjawab menyemak deraf hujah perbicaraan dan menyelaras carian bahan-bahan rujukan Ikatan Otoriti. Ketua cawangan ini terdiri daripada Pegawai Syariah LS44 dan dibantu oleh pendakwa-pendakwa syarie yang terdiri daripada Pegawai Syariah LS41.

 

 

 

Cawangan Putrajaya

Cawangan Labuan

avatar-title
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar