Unit Audit Dalam JAWI ditubuhkan melalui penstrukturan semula organisasi JAWI melalui Waran Perjawatan Bil.A 178 yang dianggotai secara rasmi pada Ogos tahun 2008. Unit Audit Dalam diketuai oleh seorang Juruaudit Gred W41 dan dibantu oleh seorang Penolong Juruaudit Gred W27. Unit ini bertanggungjawab dan melapor secara terus kepada Pengarah JAWI selaku Pengurusan Tertinggi JAWI.
Antara objektif Unit Audit Dalam JAWI adalah untuk memastikan bahawa:
Sistem kawalan dalaman adalah sempurna dan berkesan
JAWI telah mematuhi undang-undang, polisi-polisi, peraturan, arahan dan tatacara kewangan
Semua rekod perakaunan telah diselenggara dengan tepat dan boleh dipercayai
Pengurusan aset mengikut peraturan dan arahan yang ditetapkan
Data-data perakaunan yang diberikan kepada pihak pengurusan adalah tepat dan boleh dipercayai
Semua sumber diurus dengan cekap, ekonomi dan berkesan.
VISI
Untuk menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan JAWI dalam usaha untuk mempertingkatkan akauntabiliti dan penambahbaikan proses kerja yang lebih efisien dan efektif.
MISI
Melaksanakan tugas-tugas pengauditan secara jujur, amanah dan bebas melalui perkhidmatan audit yang bebas (independence), profesional dan berkualiti.
Pegawai UAD JAWI boleh dihubungi seperti berikut:
Khairul Saidah Binti Abas Azmi Juruaudit (W41) No. Telefon : 03 - 2279 7100 (Talian Terus) : 03 - 2274 9333 (Am)Ext : 1923 E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Mohd Fairus Bin JaafarPenolong Juruaudit (W27) No. Telefon : 03 - 2274 9333 (Am)Ext : 1907 E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat Pejabat :UAD Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Tingkat 9 (Timur), Kompleks Pusat IslamJalan Perdana 50519 Kuala Lumpur
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it