05:48
Subuh
07:21
Dhuha
13:00
Zohor
16:20
Asar
18:58
Maghrib
20:09
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

BENGKEL PENYELARASAN PENTADBIRAN DAN PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN PELAJARAN TAHUN 2026 SIRI 2

Utama

 

25 Oktober 2026 / 14 Jamadiawal 1448H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pelajaran JAWI telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Pentadbiran dan Pendidikan Islam Bahagian Pelajaran Tahun 2026 Siri 2 yang berlangsung selama tiga hari dua malam, bermula 23 hingga 25 Oktober 2026 di Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Damansara Damai, Jalan PJU 10/5 Desa Riang 47830 Petaling Jaya Selangor.

Bengkel yang melibatkan 30 orang pentadbir IPI JAWI ini bertujuan meningkatkan kefahaman, kompetensi dan kecekapan guru dalam aspek pengurusan, pentadbiran serta pelaksanaan tugas.

Program turut menjadi wadah memperkukuh komunikasi dan hubungan kerja antara warga pendidik dengan Bahagian Pelajaran JAWI melalui sesi perbincangan, perkongsian pengalaman dan pertukaran pandangan.

Pelbagai pengisian interaktif telah dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada kompetensi, profesionalisme, sahsiah, budaya kerja dan kerja berpasukan. Peserta turut diberi ruang untuk berkongsi pengalaman serta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas.

Bengkel dikendalikan oleh pegawai-pegawai Bahagian Pelajaran JAWI, Penolong-penolong Pegawai serta Penyelia KAFA selaku fasilitator, dengan sokongan urus setia Unit Pengurusan Sekolah.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir Tuan Haji Najmuddin bin Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Bahagian Pelajaran JAWI.

Semoga penganjuran bengkel ini terus memperkukuh kompetensi, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru, seterusnya mempertingkat kualiti dan keberkesanan pengurusan pendidikan di bawah seliaan Bahagian Pelajaran JAWI.

 

1 2
5 6
7 4
3 8

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan