05:52
Subuh
07:23
Dhuha
13:04
Zohor
16:17
Asar
19:05
Maghrib
20:14
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

BENGKEL PENYELARASAN PENTADBIRAN DAN PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN PELAJARAN TAHUN 2026 SIRI 1

 

MAIN_FRAME.jpeg

4 Oktober 2026 (Ahad) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pelajaran JAWI telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Pentadbiran dan Pendidikan Islam Bahagian Pelajaran Tahun 2026 Siri 1 selama tiga hari dua malam, bermula 2 hingga 4 Oktober 2026 bertempat di Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS).

Bengkel ini melibatkan seramai 61 orang pentadbir IPI JAWI dengan objektif untuk meningkatkan kefahaman, kompetensi dan kecekapan dalam aspek pengurusan, pentadbiran serta pelaksanaan tugas. Program ini turut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan dan komunikasi antara guru dengan pihak Bahagian Pelajaran JAWI menerusi sesi perbincangan, perkongsian pengalaman serta pertukaran pandangan berkaitan pelaksanaan pendidikan.

Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti pelbagai pengisian yang memberi penekanan kepada aspek kompetensi, profesionalisme, sahsiah, budaya kerja dan kerja berpasukan. Sesi interaktif yang dilaksanakan turut memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman, mengemukakan pandangan serta mencadangkan penambahbaikan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.

Bengkel ini dikendalikan oleh pegawai-pegawai Bahagian Pelajaran JAWI yang terdiri daripada Pn. Siti Aa’isyah binti Abdul Raman, Ketua Unit Pengurusan Sekolah; Pn. Atiqah binti Hazman, Ketua Unit Penyelarasan Pendidikan; En. Mukhammad Syamsul Huda bin Lahuri, Ketua Unit Dasar Pendidikan; Penolong-penolong Pegawai Bahagian Pelajaran JAWI; Penyelia KAFA selaku fasilitator serta barisan urus setia Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pelajaran JAWI.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI. Turut hadir Tuan Haji Najmuddin bin Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Bahagian Pelajaran JAWI.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh kompetensi, profesionalisme dan budaya kerja berpasukan dalam kalangan guru, seterusnya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan serta pelaksanaan pendidikan di bawah seliaan Bahagian Pelajaran JAWI.

 

3 4
1 55

 

  

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

avatar-title
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar