05:58
Subuh
07:30
Dhuha
13:13
Zohor
16:15
Asar
19:16
Maghrib
20:25
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

MEMPERKASA KHATIB, MEMANTAPKAN PENYAMPAIAN KHUTBAH

 

MAIN_FRAME.jpeg

9 September 2026 | 27 Rabi'ul Awal 1448 H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Masjid Al-Sultan Abdullah telah berjaya melaksanakan Bengkel Penyampaian Khutbah Berkesan Siri 3 Tahun 2026 pada 8 hingga 9 September 2026, bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 1, Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada Naqib dan Imam masjid di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyertai bengkel yang bertujuan untuk memantapkan kemahiran penyampaian khutbah Jumaat serta meningkatkan tahap profesionalisme para imam dan khatib.

Bagi Siri 3 kali ini, turut diadakan Pertandingan Khatib Terbaik yang memberi peluang kepada para peserta untuk mengaplikasikan kemahiran, teknik dan kaedah penyampaian yang telah dipelajari sepanjang bengkel berlangsung.

Selain pengisian bengkel, para peserta turut berpeluang mengikuti lawatan kerja ke Menara Merdeka 118 sebagai salah satu pengisian program, sekali gus memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pembangunan mercu tanda baharu negara yang menjadi sebahagian daripada pembangunan Presint Merdeka 118.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), diiringi oleh Yang Mulia Dato’ Tengku Ab. Aziz bin Tengku Mahmud, Pengerusi Masjid Al-Sultan Abdullah.

Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Arif bin Abdul Samat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, serta Dr. Ahmad Basri bin Ibrahim, Timbalan Pengerusi Masjid Al-Sultan Abdullah.

Secara keseluruhannya, Bengkel Penyampaian Khutbah Berkesan Siri 3 Tahun 2026 telah mencapai matlamat yang ditetapkan dalam usaha memantapkan kemahiran, meningkatkan keyakinan serta memperkasakan profesionalisme para khatib agar dapat menyampaikan khutbah Jumaat dengan lebih berkesan, tersusun dan berimpak, selaras dengan peranan khutbah sebagai medium penyampaian ilmu, nasihat dan panduan kepada masyarakat.

#JAWI #MasjidAlSultanAbdullah #BengkelPenyampaianKhutbahBerkesan #PresintMerdeka118 #KhutbahJumaat


#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIMembantu

 
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (2) WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (1)
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.57 AM WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (5)
4 6

 

 

Disediakan oleh:

 Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

avatar-title
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar