
|
9 SEPTEMBER 2026 (RABU) – Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Seminar Kesedaran Akidah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2026 yang bertemakan tajuk New Age Movement: Gerakan Ajaran Baharu di Era Moden.
Seminar ini disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohamad Razif bin Mohamad Fuad merupakan pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Dakwah , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan pengisian slot 1 bertajuk Pengenalan Asas New Age Movement (NAM) dan slot 2 bertajuk Menyingkap New Age Movement (NAM) di Malaysia. Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. dan bertempat di Auditorium Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif program ini diadakan adalah untuk: 1. Perkongsian ilmu dan maklumat berfokuskan isu semasa akidah kepada penjawat awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, khususnya berkaitan perkembangan ajaran atau pemikiran menyeleweng; 2. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi serta menangani ancaman ajaran atau pemikiran menyeleweng yang semakin tersebar di Malaysia; dan 3. Membentuk masyarakat Muslim yang memahami ciri-ciri akidah Islam berasaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, di samping memperkukuh asas pengetahuan dalam diri penjawat awam tentang punca dan kesan penyelewengan sesuatu ajaran. Seminar ini turut dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan selaku Pengarah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan disempurnakan dengan majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah, YBrs. Dr. Mohamad Razif bin Mohamad Fuad selaku pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Dakwah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan YBrs. Puan Nor Juliena Azleen binti Ahmad selaku Pengarah di Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. #JAWI |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته