
|
9 September 2026 | 27 Rabi'ul Awal 1448H - Pusat Islam UKM Kampus Kuala Lumpur (PIKKL) telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi membincangkan cadangan pembinaan Masjid UKM Kampus Kuala Lumpur serta pengukuhan kerjasama dalam pelaksanaan program dakwah dan keagamaan. Kunjung hormat dari PIKKL diketuai oleh YBrs. Dr. Abu Dardaa Mohamad, Pengarah Pusat Islam UKM. Manakala, delegasi JAWI diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI. Kunjungan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan berkaitan perancangan dan pengurusan masjid serta membincangkan peluang pelaksanaan program-program dakwah dan keagamaan secara bersama. Pihak JAWI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan pihak PIKKL ke JAWI. Semoga jalinan kerjasama erat antara PIKKL dan JAWI terus diperkukuh demi memperkasakan syiar Islam, memartabatkan institusi masjid serta memperluas pelaksanaan program dakwah dan keagamaan yang memberi manfaat kepada warga UKM dan masyarakat setempat. #JAWI |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته