06:01
Subuh
07:36
Dhuha
13:21
Zohor
16:39
Asar
19:28
Maghrib
20:39
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1448H/2026M

 

MAIN_FRAME.jpeg

27 JUN 2026 | 11 MUHARRAM 1448H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan rakan-rakan strategik menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M bertempat di Dewan Muktamar JAWI, Kuala Lumpur pada hari ini, 27 Jun 2026 / 11 Muharam 1448H sebagai wadah memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW.
 
Majlis kali ini mengangkat tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati” dan menghimpunkan kira-kira 1,200 orang tetamu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat awam di Wilayah Persekutuan terutamanya Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ucaptama dan perasmian majlis disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI.
 
Majlis ini bertujuan untuk menghayati pengajaran dan hikmah peristiwa hijrah Rasulullah SAW, menyemarakkan semangat perubahan dan pembaharuan dalam kehidupan berteraskan nilai-nilai Islam. Antara pengisian majlis ialah persembahan nasyid oleh kumpulan Zawfan dan Mirwana, dan tayangan video khas sempena sambutan Maal Hijrah berkisarkan latar belakang serta sumbangan tokoh-tokoh Maal Hijrah.
 
Kemuncak majlis ialah penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan sebagai pengiktirafan kepada tokoh-tokoh yang telah menunjukkan kecemerlangan dan sumbangan besar dalam pembangunan ummah. Lima orang tokoh menerima anugerah tersebut, didahului oleh penerima Anugerah Tokoh Utama Ma'al Hijrah, manakala empat orang tokoh lain menerima anugerah dalam bidang kepakaran masing-masing, iaitu Anugerah Khas Ilmuwan, Anugerah Khas Pendakwah, Anugerah Khas Inspirasi dan Anugerah Khas Usahawan.
 
Penganjuran program ini diharap dapat memberi impak positif melalui peningkatan penghayatan masyarakat terhadap makna hijrah dan pembentukan peribadi unggul, mengetengahkan tokoh-tokoh contoh sebagai inspirasi kepada masyarakat.
 
 
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (2) WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (1)
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.57 AM WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (5)
WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM WhatsApp Image 2026 08 06 at 10.30.58 AM (4)

 

 

Disediakan oleh:

 

Unit Komunikasi Korporat 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

avatar-title
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar