05:53
Subuh
07:31
Dhuha
13:19
Zohor
16:44
Asar
19:28
Maghrib
20:43
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

LAWATAN KERJA PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP), YBHG. DATUK SYED KAMARULZAMAN BIN SYED KABEER KE SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ) AL ALUSI DAN SIRAJ ABDULLAH IBNU ABBAS

 

MAIN_FRAME.jpeg

10 JUN 2026M | 24 ZULHIJJAH 1447H (RABU) – Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Al Alusi, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Kampung Pasir, Kuala Lumpur bagi meninjau keadaan semasa sekolah, mengenal pasti keperluan serta mendapatkan maklum balas berhubung cadangan penambahbaikan kemudahan dan prasarana sekolah.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah pegawai-pegawai daripada MAIWP dan Bahagian Pelajaran JAWI, antaranya Encik Abdul Azim bin Kamarulzaman, Pegawai Khas Pengerusi MAIWP, Puan Damithah binti Iberahim, Timbalan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Insan (BPI), Encik Mohd Azrul bin Ismail, Penolong Pengurus BPI, Tuan Haji Najmuddin bin Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran JAWI serta Encik Muhammad Arif Aizuddin bin Abdullah, Ketua Cawangan Akademik, Bahagian Pelajaran JAWI.

Lawatan dimulakan di SIRAJ Al Alusi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar sekolah. Program diteruskan dengan lawatan ke kawasan sekolah, bilik darjah serta bilik-bilik khas bagi meninjau kemudahan sedia ada dan keperluan penambahbaikan. Seterusnya, satu sesi perbincangan telah diadakan melibatkan pihak MAIWP, JAWI dan pengurusan sekolah bagi membincangkan isu-isu semasa, keperluan operasi serta cadangan penambahbaikan demi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selamat dan selesa untuk murid.

Program kemudiannya diteruskan di SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas dengan pengisian yang sama, meliputi sesi taklimat sekolah, lawatan ke fasiliti serta perbincangan bersama pihak berkaitan. Dalam lawatan tersebut, Pengerusi MAIWP menzahirkan komitmen berterusan MAIWP untuk memastikan kebajikan serta keperluan sekolah-sekolah SIRAJ diberi perhatian sewajarnya, selaras dengan usaha memperkukuh sistem pendidikan Islam dan meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan kepada anak-anak di Wilayah Persekutuan. Lawatan ini berakhir pada jam 1.30 petang.

AL_ALUSI.jpeg

 

  

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

avatar-title
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar