
|
17 Julai 2024 (Rabu) - Delegasi JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru,Bahagian Pengurusan Dakwah telah bermusafir mulai dari tarikh 17hb hingga 19hb Julai 2024 dalam misi Lawatan Penanda Aras ke dua negeri zon utara. Delegasi telah melawat Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA) di Sungai Petani,Kedah yang merupakan pusat bimbingan kepada mualaf. Seterusnya delagasi JAWI telah disambut oleh YBhg. Dato' Dr Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin yang merupakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dalam lawatan penanda aras ke JHEAIK.
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته