
|
23 & 24 Julai 2024 | 17-18 Muharram 1446H (Selasa-Rabu) - MAHRAJAN Amal Islami Mualaf Peringkat Wilayah Persekutuan 2024 anjuran Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut perancangan. Alhamdulillah, mahrajan peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan secara dwi tahunan ini berjaya mengumpulkan para peserta mualaf seramai 95 orang. Terdapat 6 acara yang telah dipertandingkan. Antaranya acara Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Kuiz Amali Solat, Pengucapan Awam/Tazkirah, Azan Iqamat dan Nasyid Berkumpulan.
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته