11 SEPT 2020M | 23 MUHARRAM 1442H (JUMAAT) - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah mengadakan Ziarah Rahmah Saudara Baru Siri 4 Tahun 2020 bagi menyantuni muallaf yang sakit dan memerlukan sokongan bantuan kewangan berdasarkan aduan yang diterima.
Cawangan ini yang terdiri daripada Ustazah Noor Azlina binti Mohd Azim bersama- sama tenaga pengajar Kelas Pengajian Saudara Baru Kompleks Darul Hidayah (KDH) menziarahi bekas pelajar KDH bagi memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat agar beliau tabah menghadapi ujian yg dihadapi.
Hasil sesi ziarah mendapati, muallaf tersebut menghidapi Kanser Payudara Tahap 4 dan kini masih lagi menerima rawatan secara berkala di Hospital Kuala Lumpur.
Cawangan Kebajikan Saudara Baru turut menyampaikan sumbangan makanan daripada JAWI Food Bank untuk diserahkan kepada keluarga muallaf tersebut.