05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Bahagian: Pengurusan Masjid

Arkib Berita

SANTAI MALAM JUMAAT BERSAMA BEKAS GANGSTER

15 Mac 2018M / 27 Jamadilakhir 1439H (Khamis) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS), Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur telah Forum Kekeluargaan Islam dengan bertemakan “Anak dan Keluarga Kita : Ke Mana Hala Tujunya”.

Forum ini menampilkan Abang Long Fadhil sebagai penalis utama yang merupakan bekas gangster Singapura dan kini telah berhijrah sebagai pendakwah. Forum diacarakan oleh Brother Fadhli Burhan yang merupakan aktivis dan pendakwah antarabangsa. Manakala Brother Muhammad Roger James Arnold dari NGO Insprirasi Muallaf bertindak sebagai panelis ke-2.

Melalui forum ini, pihak masjid berjaya menarik para remaja untuk sama-sama hadir mengimarahkan masjid dan anggaran kehadiran pada malam tersebut melebihi 500 orang jemaah setempat. Majlis berakhir pada jam 10.00 malam dengan jamuan makan kepada semua yang hadir.

 

 

Disediakan oleh :

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS),

Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

                                                                           

Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama 2017 Siri II

 
JAULAH1
 
JUMAAT, 8 September 2017 -  Kelas Bimbingan Ilmu Fardhu Ain Pemuda Masjid Al-Hidayah telah menganjurkan Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama 2017 Siri II. Pada peringkat permulaan, program ini dirancang untuk menziarah Ulama-ulama dan makam orang soleh yang berada di beberapa kawasan negeri Johor, Singapura, Melaka dan Negeri Sembilan.
 
Objektif Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini diadakan ialah membawa anak muda menghayati permusafiran yang dipenuhi dengan suasana Ilmu, zikrullah dan amalan-amalan sunnah Rasulullah S.A.W. Selain itu, membawa anak-anak muda mengenali para Ulama dan melihat secara langsung corak kehidupan mereka seterusnya menjadikan mereka contoh tauladan dalam kehidupan. Dan Mewujudkan rasa rindu serta cinta terhadap Ilmu dan Alim Ulama’, dalam yang sama mendapatkan nasihat dan peringatan daripada mereka.
 
Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini bermula pada petang Jumaat  8 September 2017 dan selamat pulang ke Masjid Al-Hidayah pada hari Ahad malam 10 September 2017 . Hasil daripada program ini ialah :-
 
Hari Pertama : Jumaat
- Bertemu dengan Syeikh Abu Zaki As-Sanggafuri di Batu Pahat, Johor seterusnya menerima nasihat-nasihat bekalan akhirat dan Ijazah pemakaian Sunnah Baginda Nabi S.A.W iaitu Rida'.
 
Hari Kedua : Sabtu
- Menziarah perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat. Tempat dimakamkan orang Soleh iaitu Habib Ali bin Jaafar Al'ydrus. Semasa hayatnya beliau dibeberapa kali dikunjungi oleh beberapa ulama besar seperti Sayyid Muhammad b. Alawi Al Maliki Al Makki dan lain-lain.
- Berkesempatan bersama Majlis Haul Habib Ahmad Bin Abdullah Bin Hassan Al-Attas ke 25, Pengasas Majlis Zikir AsmaulHusna JB. Dan Slot Khas bersama Habib Umar Bin Ahmad Bin Abdullah Bin Hassan Al-Attas.
- Pertemuan dan Taklimat “Strategi Dakwah ARG dalam memperkukuhkan Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah di kalangan Masyarakat" bersama Ahli Sunnah Research Group Johor Bharu.
- Mengikuti Kelas Pengajian Kitab "Iktikad ASWJ" anjuran ARG Johor, bersama Kiyai Idrus Ramli (Dewan Pakar ASWJ Nahdatul Ulamak Indonesia), di Dataran Hajah Rogayah, Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini.
 
Hari Ketiga :
- 10 orang peserta menziarah Maqam Habib Nuh Bin Muhammad Al-Habsyi & Habib Abdurrahman Al-Habsyi di Masjid Haji Soleh, Singapura. Kemudian menziarah Al-Habib Syed Hassan Bin Muhammad Al-Attas (Imam Masjid Ba’'alawi ) & Habib Ja’afar Al-Kaff (Tetamu dari Jakarta) di Masjid Ba’'alawi, Singapura.
- 5 Orang peserta mengikut “Seminar Pemahaman Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah” disampaikan oleh Kiyai Idrus Ramli (Dewan Pakar ASWJ Nahdatul Ulamak Indonesia), di Madrasah Tahfiz Al-Mustofa. Kemudian menziarah Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.
 
Seramai 13 orang pemuda dan 2 orang remaja dari Jemaah Masjid Al-Hidayah dan sekitarnya yang menyertai Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini. Program ini mendapat sumbangan dan kerjasama daripada daripada beberapa pihak antaranyan ABS Catering, Alya Jaya Catering dan beberapa individu lagi. Masjid As-Syakirin KLCC juga turut menyumbangkan penggunaan Van Komuniti Masjid bagi tujuan tersebut. In sya Allah, Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama Siri III akan diaturkan untuk masa akan datang.
 
Sekian.
JAULAH2 JAULAH3
JAULAH4 JAULAH5
JAULAH6 JAULAH8
  
 Disediakan oleh :
 
Pentadbiran,
Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jelajah Ekspedisi Non-Muslim ke Masjid Al-Ghufran

ekspedisi5

 15 Ogos 2016M / 12 Zulkaedah 1437H (Isnin) : Masjid Al-Ghufran telah menerima kunjungan dari peserta Program Jelajah Ekspedisi Non Muslim  anjuran Masjid Putra, Putrajaya. Peserta program terdiri daripada pelajar Kolej Antarabangsa Green City.

Turut mengiringi program tersebut ialah Datuk Haji Abdul Manaf bin Haji Mat, Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Razali bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Unit Urusetiaan dan Hari Kebesaran Islam Masjid Putra dan Ustaz Hazman bin Che Mohammed, Pegawai Penyelaras Masjid-masjid Zon 6 JAWI.

Program dimulai dengan jamuan ringan di aras B2 Kafe Al-Ghufran dan taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Rosdi bin Saad, Pengerusi Masjid Al-Ghufran. Selepas sesi taklimat dan tayangan video korporat, peserta dibawa ke dewan solat masjid sebagai pendedahan awal mengenai keseniaan Islam kepada yang hadir. 

ekspedisi1 ekspedisi6
ekspedisi2  ekspedisi4

Disediakan Oleh:                                                                                                                            
Pejabat Zon 6, Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur

Multaqa Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

           

27 Oktober 2016M (Khamis) / 26  Muharam 1438H- Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Multaqa Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ ( PPNCR ) Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya  pada 26 dan 27 Oktober 2016 bertempat di Dewan Syara Utama Masjid Negara, Kuala Lumpur. Dalam program ini para para peserta di mantapkan dengan pengisian Pembentangan Standard Operating Procedure (SOP) Pernikahan dalam Negara Dan Luar Negara yang telah dibentangkan oleh Ustaz Hazman Bin Hashim, Penolong Pengarah bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga.

Isu-Isu Perkahwinan Yang Berlawanan Dengan Akta 303 dan Kesannya dari Sudut Perundangan telah dibentangkan oleh YA Tuan Ibrahim dari Mahkamah Tinggi Syariah, manakala Wali Dalam Perkahwinan telah dibentangkan oleh YAA Prof .Adjung Dato’ Dr.Haji Mohd Naim Bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie, Negeri Selangor Darul Ehsan.

Dalam Program Multaqa yang telah dianjurkan,  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganugerahkan Anugerah Khas Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian  Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan kepada Y.Bhg Ustaz Muadzeen Bin Ackil, Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang telah ditempatkan di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur kerana telah menunjukan prestasi yang cemerlang sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan.                                                               

Kad Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian  Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan juga telah berikan kepada semua Penolong Pendaftar sebagai pengenalan diri dalam menguruskan urusan perkahwinan di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Majlis Perasmian Penutup Multaqa Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya  telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Yaakob Bin Abd Rahim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI dan turut hadir YBrs. Dr. Abdul Ghaffar Bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, JAWI serta YBrs Tuan Haji Hazarudin Bin Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

 

   
   
   
   

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Bengkel Penyediaan Kurikulum Pengajian Takmir Wilayah Persekutuan

bengkel

21 - 22 Januari 2016 - Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Kurikulum Pengajian Takmir Wilayah Persekutuan di Hotel Quality, Kuala Lumpur. Peserta bengkel terdiri daripada 20 orang pegawai Bahagian Pengurusan Masjid. Bengkel telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Aderi bin Che Noh, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Di dalam bengkel ini, Bahagian Pengurusan Masjid telah berjaya menyiapkan kerangka utama bagi menggubal kurikulum untuk digunakan di dalam pengajian takmir Wilayah Persekutuan. Kurikulum ini terdiri daripada 6 bidang utama iaitu Tafsir al-Quran, Hadis, Feqah, Aqidah, Tasawwuf dan Sirah.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI. Di dalam ucapannya, beliau berhasrat agar kurikulum takmir yang disediakan ini mampu memberi perubahan baru yang dinamik sesuai dengan keperluan masyarakat di Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Beliau juga berharap pengajian takmir menjadi kelas yang diminati oleh masyarakat di Wilayah Persekutuan termasuk golongan muda. Turut hadir bersama Pengarah JAWI ialah Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi dan Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid.

   
   

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Masjid

Sub-kategori

* Menyimpan berita dan maklumat untuk 2 tahun terkini sahaja. Sumber dan maklumat boleh didapati di Unit ICT dan Perhubungan Awam JAWI.