05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Bahagian: Pengurusan Masjid

SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH OKU CACAT PENDENGARAN 2014

 

SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH OKU CACAT PENDENGARAN 2014

aq4

28 September 2014/ 03 Zulhijjah 1435H - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Kelab Orang Pekak Islam Kuala Lumpur (KOPIKL) telah menganjurkan SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH OKU CACAT PENDENGARAN 2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam. Seramai 80 orang peserta terdiri daripada golongan Orang Kurang Upata Cacat Pendengaran telah menghadiri seminar tersebut. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk:-

  1. Mendedahkan istilah-istilah yang berkaitan aqidah kepada warga OKU Cacat pendengaran.
  2. Memberi penjelasan kepada warga OKU tentang sifat-sifat Allah dan kesempurnaan rukun Islam dan rukun Iman.
  3. Memantapkan aqidah OKU tentang kewujudan Allah dan mengesakan Allah berdasarkan surah al-ikhlas
  4. Menyakinkan mereka tentang qada’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah.
  5. Memberi kefahaman kepada mereka tentang kaitan antara rukun iman dan Islam serta panduan dalam kehidupan
  6. Menyedarkan mereka tentang kaitan aqidah yang jitu dengan masalah sosial yang berlaku.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Baharuddin, AJK KOPIKL seterusnya ucapan aluan oleh En. Nik Firdaus bin Hj. Nik Salleh, Presiden Kelab Orang Pekak Islam Kuala Lumpur (KOPIKL). Slot pertama telah dimulakan dengan ceramah bertajuk "Mengenal Pencipta" oleh Ustazah Husna Bt Junaibi, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI yang telah mengupas tentang sifat-sifat Allah dan Nama-nama Allah serta Keimanan Kepada Ilahi serta mengesakan Allah SWT. Slot kedua pula disampaikan oleh Ustazah Mazliza Suriayana Bt Dollah, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI yang telah menceritakan tentang “Aqidah seorang Muslim dan Permasalahan Sosial". Beliau telah mengupas berkenaan konsep Allah sebagai Pencipta, pengabdian sebagai seorang muslim, cara untuk memantapkan aqidah perkara-perkara yang boleh merosakan aqidah, serta impak kekurangan iman akan menjerumus seseorang terhadap perilaku sosial yang negatif.

Keberkesanan program ini adalah:

  1. Warga OKU lebih faham tentang istilah-istilah yang digunapakai dalam aqidah islam
  2. Mereka dapat membezakan antara sifat-sifat Allah serta nama-nama Allah SWT
  3. Mereka faham akan akibat sekiranya tiada kepercayaan terhadap wujudnya Allah dan segala Sifat-sifat Allah.
  4. Meyakinkan mereka kepada siapa tempat yang sebenar untuk mengadu bila ada masalah.
  5. Mereka faham bahawasanya alam ini dicipta oleh Allah dan Dialah yang mengatur perjalanannya.
aq2  aq3 
 aq6  aq1


Foto & Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel