05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Bahagian: Pengurusan Masjid

Kursus Pengukuhan Profesionalisme Bilal Wilayah Persekutuan Siri 3

 

 

15 hingga 20 Januari 2016 - Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Pengukuhan Profesionalisme Bilal Wilayah Persekutuan Siri 3 bertempat di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Peserta kursus siri 3 ini terdiri daripada 10 orang yang telah berjaya melepasi saringan yang telah diadakan di dalam 2 siri kursus sebelum ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran para peserta mengalunkan azan menggunakan tarannum di samping mencari Bilal terbaik di Wilayah Persekutuan.

Kursus ini dibimbing oleh dua orang pakar ilmu taranum iaitu Ustaz Dr. Muhammad Luqman bin Ibrahim, pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Ustaz Hassan al-Fadhli bin Abdul Rahman, Ketua Imam Masjid Bukit Aman. Sepanjang kursus ini, para peserta telah menjalani latihan secara intensif bagi meningkatkan kemahiran melaungkan azan dengan merdu menggunakan taranum seperti nahwand, jiharkah, raz, sikah dan bayati. Peserta juga berpeluang menambah ilmu melalui perbincangan mengenai ilmu- ilmu fiqh dan isu-isu berkaitan hal ehwal tugas sebagai seorang Bilal. Latihan secara praktikal juga telah diadakan di Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.

Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid yang mewakili Pengarah JAWI.

 
   

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Masjid

 


Cetak   Emel