05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Bahagian: Pengurusan Masjid

Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Siri 1/2015

 

pni1

20 MAC 2015 | 29 JAMADILAWAL 1436H (JUMAAT) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan CERAMAH PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM SIRI 1/2015  bertempat di Surau Al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.  

Program ini dihadiri 85 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO’s)  di Wilayah Persekutuan.   Program ini bertujuan:-

  • Memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai 3 aspek penting agama iaitu aqidah, syariah dan akhlak;
  • Membentuk intelektual dan keperibadian yang tinggi di kalangan penjawat awam dan dalam usaha membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang cemerlang; dan
  • Memberi panduan kepada penjawat awam dalam menyelesaikan permasalahan sosial dan displin yang timbul kesan daripada kurangnya pengetahuan agama.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Zainuri bin Mohd Rawi, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dan ceramah disampaikan oleh  YBrs. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).  Ceramah yang disampaikan bertajuk Pendidikan Sepanjang Hayat.  Antara intipati ceramah adalah membincangkan berkaitan dengan kepentingan pendidikan/menuntut ilmu dalam Islam, sifat-sifat ilmu, adab-adab menuntut ilmu dan cabaran pendidikan masa kini.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YBrs. Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Untuk siri berikutnya akan diadakan seperti butiran di bawah:-

SIRI

PENCERAMAH

TAJUK

TARIKH

MASA

SIRI 2

Us. Hazaruddin Bin Baharuddin

Amar Maaruf Nahi Munkar                            Sebagai Teras Kepada                  Kemantapan Dan Kekuatan Diri Sendiri Serta   Organisasi

24/04/15

9:00-11:00 Pg

SIRI 3

Us. Hj. Pahrol Bin Mohamad Juoi

Institusi Keluarga Bahagia Ke Arah                       Kecemerlangan PRESTASI KERJA

22/05/15

9:00-11:00 Pg

SIRI 4

Prof. Madya Dr. Anisah Binti Ab. Ghani

Fiqh Kontemporori

24/07/15

9:00-11:00 Pg

Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta khususnya dalam memupuk budaya mencari ilmu agama di kalangan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

 

 

pni2 pni4
pni3 pni5
   

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI


Cetak   Emel