Cawangan Pentadbiran
PENGENALAN
Merupakan salah satu cawangan di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan cawangan ini melaksanakan operasinya di Aras 9 (Timur) Menara Pusat Islam JAWI.
FUNGSI
- Pengurusan Pentadbiran Am
- Pengurusan Kenderaan dan Fasiliti
- Pengurusan Keselamatan
- Pengurusan Aset Alih Jabatan
- Pengurusan Kualiti
AKTIVITI
1. Pengurusan Pentadbiran Am
- Menguruskan semua perkara berkaitan urusan fail Bahagian Khidmat Pengurusan.
- Menguruskan penghantaran surat dan despatch Bahagian Khidmat Pengurusan.
- Menguruskan Kad Perakam Waktu Jabatan.
- Menguruskan dan memantau dewan, bilik mesyuarat dan premis Jabatan
- Menguruskan tempahan makanan mesyuarat Jabatan.
- Melaksana peraturan dan arahan dari Akta, Pekeliling, Surat Pekeliing dan Surat Arahan berkaitan dengan pentadbiran, Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), keputusan Kerajaan, Keputusan Ibu Pejabat dan lain-lain agensi yang berkaitan.
2. Pengurusan Kenderaan dan Fasiliti
- Menguruskan penyelenggaraan/pembaikan kenderaan Jabatan.
- Menguruskan tempahan/ penggunaan kenderaan Jabatan.
- Menguruskan kemudahan fasiliti Jabatan.
3. Pengurusan Keselamatan
- Memantau keselamatan Kompleks Pusat Islam.
- Menguruskan pelekat kenderaan Jabatan.
- Menguruskan pas kakitangan Jabatan.
4. Pengurusan Aset Alih Jabatan
- Menguruskan stor utama JAWI Kuala Lumpur.
- Urusetia pelupusan aset alih Jabatan.
- Urusetia kehilangan dan hapuskira Jabatan.
- Mengurus rekod harta modal dan inventrori Jabatan.
- Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih (JAWI) Jabatan.
5. Pengurusan Kualiti
- Merancang dan melaksana pengurusan Kualiti Jabatan.
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti, Kegemilangan dan Inovasi Jabatan.
PROSES KERJA
- Proses Kerja Tempahan Kenderaan Jabatan.
- Proses Kerja Pengeluaran Barang/Stok Dari Stor Utama JAWI Kuala Lumpur.
- Proses Kerja Penghantaran Surat Despatch.
PIAGAM PELANGGAN
- Pengesahan tempahan kenderaan oleh pegawai/kakitangan Jabatan diberi dalam tempoh satu (1) hari sebelum perjalanan dibuat.
- Bekalan pejabat yang dipohon dari stor Jabatan dikeluarkan dalam masa dua (2) jam selepas permohonan yang lengkap diterima.
- Surat-surat hantar tangan yang diterima sebelum jam 9.00 pagi akan dihantar pada hari yang sama.
WEB KOORDINATOR
-
Tiada
Jumlah paparan: 51490