06:01
Imsak
06:11
Subuh
13:24
Zohor
16:30
Asar
19:26
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Sejarah Penubuhan

Latar Belakang

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada1 Februari 1974 peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 

Urusetia Majlis pada ketika itu hanya terdiri dari beberapa orang pegawai iaitu:

1
Mufti Wilayah Persekutuan
2
Dua (2) Orang Kadi
3
Pegawai Pendakwa & Penguatkuasa
4
Kadi Besar Wilayah Persekutuan
5
Pegawai Tadbir Masjid
6
Ketua Penolong Setiausaha
7
Dua (2) Orang Pegawai Zakat & baitulmal

JAWI diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) apabila kementerian tersebut ditubuhkan pada tahun 1978. Walau bagaimanapun, JAWI kemudiannya diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 1987 selepas KWP dimansuhkan.

Pada peringkat awal operasi, JAWI terdiri daripada beberapa unit kecil sahaja iaitu:

1
Unit Pentadbiran
2
Unit Penguatkuasa & Pendakwaaan
3
Unit Zakat & Baitulmal
4
Unit Pengurusan Masjid
5
Unit Pentadbiran Nikah , Cerai dan Ruju`
6
Unit Fatwa

Semenjak awal penubuhannya,JAWI terus berkembang seiring dengan keperluan umat Islam dengan kewujudan 2 cawangan baharu iaitu Cawangan Labuan pada 16 April 1984 dan Cawangan Putrajaya pada 1 Ogos 2001. Selaras dengan perubahan dan hala tuju kepemimpinan negara, JAWI diletakkan di bawah JPM pada tahun 2018 dan memperluaskan peranannya sebagai peneraju pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan melalui 7 teras strategik meliputi:

1
Dakwah
2
Tadbir urus masjid dan surau
3
Kekeluargaan Islam
4
Pengurusan organisasi dan pembangunan fizikal
5
Pendidikan
6
Penguatkuasaan undang-undang Syariah
7
Penyelidikan