Aktiviti Puspanita Tahun 2018
Bulan Ogos 2018
Gotong-Royong Bersih Rumah Jagaan Warga Emas
SELANGOR, 7 OGOS 2018 (Selasa) – Anjuran Cawangan Pengurusan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama PUSPANITA JAWI, PERKIM, Yayasan Muallaf dan Jawatankuasa Masjid Saidina Ali, Serendah serta SUDI (Sukarelawan Dakwah JAWI) bertempat di Pusat Jagaan 1 Warga Emas, Serendah, Selangor.
Program ini diadakan sebagai salah satu usaha mendekatkan diri kepada komuniti disayangi warga emas agar mereka merasa semangat kebersamaan di kalangan masyarakat di samping dapat memberi peluang kepada peserta yang terlibat dalam menyantuni golongan warga emas dan mereka yang memerlukan.
![]()
|
Bulan Julai 2018
Awesome Aidilfitri |
|
![]() |
![]() |
Bulan Jun 2018
KUALA LUMPUR, 7 JUN 2018 (Khamis) – Sempena Bulan Ramadan 1439 Hijrah, Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (PUSPANITA JAWI) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah melaksanakan program World Quran Hour di Surau Muhajirin, Kompleks Pusat Islam. Kira-kira 100 orang peserta terlibat yang dibimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria bin Mohamed dan Al-Fadhil Ustaz Norhafizi bin Abdul Rahim. Program ini bertujuan memartabatkan al-Quran agar ianya dibaca, difahami dan diamalkan agar Al-Quran menjadi manual kehidupan dan melahirkan karakter sebagai Muslim sejati. Selain itu, turut diadakan adalah Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang disertai oleh pegawai dan kakitangan JAWI.
Pengerusi PUSPANITA JAWI, Puan Naini Akmal binti Che Alias telah mengambil peluang berkenalan dan beramah mesra dengan ahli-ahli PUSPANITA JAWI sejurus tamat program World Quran Hour dan Khatam Al-Quran Perdana.
Para peserta dihadiahkan dengan bunga telur dan pada sebelah petangnya diadakan edaran bubur lambuk daripada Program Drive Thru Bubur Lambuk Masjid Wilayah Persekutuan.
Bulan Mei 2018 ![]()
Sesi pertukaran cenderahati daripada wakil Nasyrul Quran.
:: Aktiviti Puspanita Tahun 2017 ::
|