Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Program Iftar Perdana Dapur It’am Ramadan 1443H petang tadi bertempat di Dataran Helipad, Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Program disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP. Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.
|
Majlis Perhimpunan Bulanan, Iftar, dan Khatam Al-Quran JAWI telah diadakan di Dataran Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Majlis yang dihadiri sekitar 300 orang warga kerja JAWI disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. Turut hadir YB Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Datin Naini Akmal Che Alias, Pengerusi PUSPANITA JAWI.
|
Perhimpunan Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diadakan petang tadi bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis yang dihadiri sekitar 300 orang warga kerja agensi agama tersebut disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail serta ketua-ketua agensi berkaitan.Perhimpunan Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diadakan petang tadi bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis yang dihadiri sekitar 300 orang warga kerja agensi agama tersebut disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail serta ketua-ketua agensi berkaitan.
|