SKUAD PENGURUS JENAZAH JAWI GEMBLENG TENAGA URUS JENAZAH
SKUAD PENGURUS JENAZAH JAWI GEMBLENG TENAGA URUS JENAZAH
5 Januari 2021 - Bahagian Pengurusan Dakwah menerusi Unit Kebajikan Islam pada hari ini telah berjaya membantu pengurusan 1 jenazah lelaki berwaris tidak berkemampuan dan 1 jenazah perempuan tidak berwaris.
Pengurusan jenazah kali ini diketuai oleh YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI bersama Skuad Pengurus Jenazah lelaki dan wanita. Pengurus Jenazah telah memulakan tugas bermula dari proses menuntut jenazah di Institut Forensik HKL dan Jabatan Forensik PPUKM, diikuti proses mandi sehingga pengkebumian yang disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh, Batu Muda .
Didoakan kepada Skuad Pengurus Jenazah JAWI sentiasa bersemangat dan bersedia dalam melaksanakan Fardu Kifayah ini. Semoga Allah menjadi sebaik-baik pemberi ganjaran atas tugas yang mulia ini.
Laporan disediakan oleh:
Unit Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jumlah paparan: 2753