OBJEKTIF

Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam bertanggungjawab terhadap aduan serta penyelesaian masalah rumahtangga serta merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.

 

Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam terbahagi kepada 2 unit iaitu Unit Rundingcara Keluarga dan Pusat Pembangunan Keluarga Islam(PPKI).  

 

UNIT RUNDINGCARA KELUARGA 

Unit ini bertanggungjawab terhadap aduan dan penyelesaian masalah kekeluargaan Islam serta membantu klien memahami prosedur tuntutan dan menguruskan kes-kes kekeluargaan yang memerlukan tindakan Mahkamah Syariah.  

 

OBJEKTIF 

Memberi perkhidmatan rundingcara dan bimbingan ke arah membangunkan institusi kekeluargaan Islam di Wilayah Persekutuan. Menjelaskan kekeliruan dan membekalkan maklumat kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan mengenai isu rumahtangga dan penyelesaiannya.  

 

PERKHIDMATAN RUNDINGCARA  

3 jenis perkhidmatan rundingcara iaitu:- 

·         Rundingcara semasa / bagi mendapatkan pandangan.

     ~ Terbuka kepada semua pasangan suami isteri yang sah samada  bermastautin didalam atau luar Wilayah Persekutuan.  

·         Rundingcara melalui telefon.

     ~ Boleh dihubungi melalui talian 03-2274 9333 dan mohon disambung kepada Pegawai bertugas.  

·         Rundingcara secara temujanji. (Bagi kes yang difailkan).

 

Syarat-syarat permohonan:~ 

  1. Bermastautin di Wilayah Persekutuan. 
  2. Mengemukakan salinan surat perakuan nikah yang sah. 
  3. Mengemukakan salinan kad Pengenalan/passpot pemohon   

 

PROSEDUR UNTUK FAILKAN PERMOHONAN 

  1. Hadir ke kaunter Unit Rundingcara Keluarga. 
  2. Mengisi borang yang disediakan dengan dilampirkan salinan surat perakuan nikah yang sah dan salinan kad pengenalan/passport pemohon. 
  3. Bagi kes yang difailkan, selepas mengisi borang, pemohon akan diberi kad temujanji untuk rundingcara. 
  4. Rundingcara akan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan melalui surat panggilan dalam tempoh 2 minggu selepas aduan . 
  5. Pasangan hadir dan menjalani sesi rundingcara bersama Pegawai Perunding yang ditetapkan. 
  6. Bagi rundingcara melalui telefon, klien boleh menghubungi pegawai yang bertugas. 
  7. Panggilan susulan akan dibuat sekiranya perlu.
  8. Perakuan Rundingcara akan dikeluarkan untuk tindakan atau rujukan kes ke Mahkamah Syariah.   

 

KEPUTUSAN SELEPAS SESI RUNDINGCARA 

  1. Berdamai 

· Pasangan perlu bersedia memperbaiki sikap masing-masing. 

· Jalankan tanggungjawab dengan bijak menurut Islam. 

· Jadikan perkahwinan sebagai mahligai bahagia dan ikhlas kerana Allah. 

· Hubungi Perunding sekiranya perlu 

    2.   Berpisah

· Dapatkan laporan/ perakuan rundingcara daripada Pegawai Perunding.

· Daftarkan tuntutan/permohonan Perceraian di Mahkamah Syariah.