05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Prosedur Permohonan Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam yang Hilang atau Rosak

N
C
R
Prosedur 11 Prosedur Permohonan Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam yang Hilang atau Rosak.
 

1.     Bagi urusan mendapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang hilang atau rosak, boleh dilakukan pada hari Rabu, Khamis, dan Jumaat SAHAJA.

 
2.    Pemohon perlu hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan mengisi borang bagi mendapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang hilang atau rosak.
 
3.    Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:-
a)    Pengesahan kehadiran daripada Penganjur Pusat Kursus Pra Perkahwinan berkenaan.
b)    Surat akuan sumpah (Menyatakan sijil Kursus Pra Perkahwinan telah hilang dalam simpanan).
c)    Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang rosak (Bagi mendapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang baru).
 
4.    Pemohon perlu menyediakan bayaran RM10 bagi setiap Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang hilang atau rosak.