05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Bahagian: Pengurusan Masjid

Dakwah Bil Hal

18 Julai 2010 (Ahad) - Jabatan Agama Islam W.P Labuan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Dakwah Bil Hal ke beberapa buah kampung di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.

Lawatan kali ini lebih tertumpu kepada golongan Saudara Muslim bagi merapatkan lagi sillaturrahim dan mengetahui serba sedikit kehidupan seharian mereka dan memberikan sumbangan berupa motivasi dan sedikit barangan keperluan harian.

Lawatan ini bermula seawal jam 9.00 pagi dengan disertai oleh Ustaz Ahmad Talmizi Bin Yahaya (Pengurus MAIWP Labuan), Ustaz Mohd.Ghaus Bin Musa (Penolong Pengarah Pengurusan Dakwah JAWI Labuan) serta dibantu oleh beberapa kakitangan JAWI Labuan dan MAIWP Labuan yang lain. Sumbangan yang diberikan berbentuk makanan asas serta keperluan hidup yang lain.

    

Foto dan teks oleh :
JAWI Labuan