06:06
Imsak
06:16
Subuh
13:28
Zohor
16:41
Asar
19:28
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Smart Life Training for Kids & Teens 2013

alt

9 - 12 Disember 2013/ 6 - 9 Safar 1435H :
Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman & Badan Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia telah menjalankan Program Smart Life Training for Kids & Teens 2013 bertempat di Dewan Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Program selama 4 hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada seramai 120 orang peserta terdiri daripada anak-anak kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berumur 10 hingga 17 tahun. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Faqih Synergies Training & Consultancy diketuai Y.Bhg Ustaz Yusri Hafiz Bin Yusoff. 

Hari pertama program dimulakan dengan sesi Ice-Breaking, Mind & Heart Setting, Solat Tanda Bahagia dan bengkel Pengurusan Diri, Pakaian dan Makanan. Hari Kedua program bermula dengan slot Smart Al-Quran: Asas dan Mudah Tajwid, Psikologi Remaja dan Pengurusan Kecerdasan Emosi. Peserta semakin teruja dan bersemangat pada hari ketiga apabila didedahkan dengan Teknik Wudhu' dan Mandi Wajib serta  Pengurusan Jenazah secara teori dan praktikal. Kemuncak program adalah pada hari terakhir di mana para peserta dibawa ke Taman Tasik Perdana dalam Misi 121213, modul berkonsepkan format 'Explorace'. 

Di sesi akhir slot bersama ibubapa, melalui persembahan multimedia penceramah membawa peserta mengimbas kembali asal-usul kejadian manusia dan bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat yang telah dikurniakan dan berterima kasih kepada ibubapa yang telah membesarkan. Program secara rasminya diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup oleh Alfadhil Ustaz Hassan Fadhli selaku Ketua Imam Masjid Bukit Aman. Turut hadir Y.Bhg Ustazah Nor Dalilah Bt Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Anugerah Kumpulan Terbaik dan Peserta Paling Istimewa turut diumumkan pada majlis tersebut dan program disudahi dengan tayangan video gelagat peserta sepanjang program 4 hari paling bermakna. 

 

alt alt
alt alt
alt alt
alt alt
alt alt

 
Foto & teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)