Kursus Asas Teknik Al-Baghdadi Saudara Muslim Tahun 2013
Seramai 50 orang peserta saudara muslim dari pelbagai agensi dan peringkat umur telah mengikuti program tersebut dengan melibatkan lima (5) orang perunding daripada Yayasan Al-Baghdadi dan Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur yang diketuai oleh Timbalan Pengarah ATCKL En. Muhammad Khairul Arifin bin Ilias. Antara objektif program ialah untuk membantu golongan saudara muslim yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang MUDAH, INOVATIF DAN SISTEMATIK dalam tempoh yang singkat. Dengan memperkenalkan teknik ini juga membolehkan mereka mengajar rakan saudara muslim yang lain. Program berlangsung dalam suasana santai tetapi menyeronokkan dan sangat meriah dengan aktiviti 'ketukan' Teknik Al Baghdadi. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tn. Che Husain Bin Isa, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini telah mendapat maklumbalas positif daripada semua peserta dan mereka berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Foto dan teks oleh: Cawangan Kebajikan Saudara Baru Bahagian Pengurusan Dakwah |
Jumlah paparan: 5274