06:06
Imsak
06:16
Subuh
13:28
Zohor
16:41
Asar
19:28
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan
alt
 
26 November 2013 (Selasa)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam.
 
Seperti setiap tahun sambutan Maal Hijrah pastinya disambut dengan penuh gemilang dengan tujuan mengenang peristiwa perpindahan (Hijrah) Nabi Muhammad S.A.W dari tanahair tercinta, Makkah al-Mukaramah ke Yathrib, yang akhirnya dikenali sebagai Madinah al-Munawarah. Hijrah adalah gerbang awal lahirnya kegemilangan Islam yang barakah.
 
Majlis dimulakan dengan Ceramah Khas Maal Hijrah ‘Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang’ oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang sebelum ketibaan tetamu kehormat. Seterusnya dimeriahkan dengan acara pembukaan Bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh Johan Qari Sekolah Rendah Agama (SRA) Peringkat Kebangsaan dan acara penutup Persembahan Nasyid oleh Johan Nasyid SRA Peringkat Kebangsaan.
 
Sambutan Maal Hijrah yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ ini dihadiri oleh seramai 1500 daripada pelbagai NGO dan badan kerajaan dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
YBhg. Dato’ berkata dalam ucapannya, Wasatiyah yang diajar oleh Nabi S.A.W dalam membina ketamadunan insan, adalah kesempurnaan keseimbangan yang berasas kepada akhlak, akidah, akal dan wahyu. Wasatiyah bukan bermaksud menggadaikan agama demi kesederhanaan, tetapi kekal utuh memegang prinsip dan dasar Islam, namun bijaksana dalam pemikiran, serta dinamik dalam tindakan.
 
Seperti tahun-tahun yang lalu pasti diadakan Anugerah Khas Maal Hijrah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menyumbang di samping dapat memberi motivasi kepada umat Islam yang lain untuk turut menyokong kepada pembangunan Hal Ehwal Islam. Anugerah ini menganugerahkan cek berjumlah RM10,000 beserta plak dan sijil.
 
Nicholas Sylvester @ Berry, Pengurusi Sekretariat Pelan Dakwah Kebangsaan adalah penerima Anugerah Khas Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1435H, di mana sejak dari tahun 2012 sehingga kini beliau menghasilkan Pelan Dakwah kepada Non-muslim di Malaysia, melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti JAKIM, Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri dan NGO utama Islam di Malaysia seperti ACCIN, PERKIM, ABIM, HIKMAH, Darul Fitrah, Skuad Muballigh dan lain-lain.
 
Beliau mula memeluk agama Islam sejak 13 Januari 1985 di Jonesboro, Arkansas, Amerika Syarikat. Antara sumbangan lain, menjadi Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Hidayah Centre Foundation dari tahun 2012 sehingga kini, Pengerusi Hidayah Centre pusat sokongan saudara baru dari tahun 2005, Pengerusi JK Dakwah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia dari 2000 hingga 2009 dan Pengerusi JK Dakwah Pertubuhan IKRAM Malaysia dari tahun 2009 sehingga kini.
 
Hadir sama, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya (Pengarah JAWI), YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali (Pengerusi PPZ) dan YBhg. Che Husain Bin Isa (Timbalan Pengarah Operasi JAWI).
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria