Jom Khatan, Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Bersama Bikers Ducati Club Malaysia
Majlis ini diadakan bagi merapatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan antara masyarakat luar dengan kakitangan masjid, ia juga bertujuan untuk memastikan mereka tidak mengalami penyakit jangkitan seksual terutamanya siflis, kankroid dan herpes genitalis kelak. Program yang bermula dari jam 8:00 pagi hingga 2:00 petang ini telah melibatkan seramai 150 peserta khatan yang akan dibawa menaiki motosikal berkuasa tinggi, Ducati Club Malaysia mengelilingi kawasan Pantai Dalam Kuala Lumpur sebelum dikhatankan. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Bin Ismail, Pengerusi Masjid Jamek Al-Khadijiah. Turut hadir, Ustaz Nazrey Bin Johani (bekas anggota kumpulan Raihan) dan Encik Mohd Saifullah Bin Yusoff, Setiausaha Ducati Club Malaysia. Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria |
Jumlah paparan: 5047