Program Team Building Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Seramai 30 orang peserta menyertai program tersebut dengan melibatkan 10 orang Jurulatih dan Fasilitator daripada BTN Sabah. Program ini dimulai dengan sesi suai kenal “ice breaking “ yang bertajuk “Tak kenal maka tidak boleh berkerjasama” seterusnya aktiviti latihan asas seni mempertahankan diri. Seterusnya pengisian program selama 3 hari 2 malam ini juga melibatkan aktiviti fizikal berkumpulan seperti jungle tracking, explorace, merentas halangan spider net, dan lain-lain. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Penguatkuasaan YBhg. Ustaz Mohd Zulaini bin Yaacob. Objektif program ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di antara PPA dan kakitangan JAWI Labuan. Penerapan nilai-nilai murni, semangat berkerjasama dalam kumpulan amat penting dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kesimpulannya, melalui pelaksanaan program tersebut, ia menunjukkan bahawa kerjasama dan “team building” amatlah pernting dalam pelaksanaan tugas sebagai PPA dan kakitangan awam dalam menjayakan misi dan visi Jabatan. Foto dan teks oleh: Unit Penguatkuasaan, JAWI, Cawangan Labuan |
Jumlah paparan: 5578