05:39
05:49
01:14
04:39
07:23
08:38

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAKIM DAN JAWI MENYERTAI DELEGASI NEGARA KE SEMAKAN BERKALA SEJAGAT (UPR) DI GENEVA, SWITZERLAND.

alt

21 Oktober - 1 November 2013
 
“Saya ingin menjelaskan kepada ahli sidang sekalian bahawa, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam masa yang sama, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Dalam Perlembagaan Malaysia juga menegaskan bahawa Raja-raja Melayu merupakan ketua agama bagi setiap negeri dengan penuh hak, keistimewaan dan kuasa prerogatif.”
 
Demikian ucapan pembukaan yang tegas daripada Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim,Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam Universal Periodic Review atau Semakan Berkala Sejagat (UPR) Pusingan Kedua Malaysia di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober 2013 baru-baru ini. Turut hadir ialah wakil tetap JAKIM dalam hal ehwal triti dan konvensyen antarabangsa, iaitu Nik Muhd Marzuki bin Muhd Nor daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
 
Bagi mewakili Islam dan kepentingan ummah Islam di Malaysia, JAKIM/JAWI berada di Geneva, Switzerland dan bekerjasama rapat dengan agensi lain selama 10 hari, iaitu dari 21 Oktober 2013 sehingga 30 Oktober 2013.
 
UPR ialah proses melibatkan semakan terhadap rekod hak asasi manusia dalam kalangan 193 negara ahli Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Ia dijalankan oleh Kumpulan Kerja UPR yang merangkumi 57 negara ahli Majlis Hak Asasi; namun negara ahli PBB boleh melibatkan diri dalam perbincangan dan dialog berhubung negara yang disemak berdasarkan tiga sumber, iaitu Laporan Negara, Laporan PBB dan Laporan Masyarakat Madani atau CSO (Civil Society Organizations), seperti COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process). Semua negara telah menjalani Pusingan Pertama UPR. Pusingan Kedua UPR bermula sejak Mei 2012.
 
Dalam sesi kedua tersebut, Delegasi Malaysia yang terdiri daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) bersama JAKIM/JAWI, Jabatan Peguam Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), SUK Sarawak dan agensi lain telah memberi maklum balas terhadap isu-isu yang menyentuh bidang kuasa agensi masing-masing. Antara isu-isu yang dibangkitkan berkaitan agama ialah isu kalimah Allah, Syiah, kebebasan beragama, murtad, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender) dan undang-undang keluarga Islam.
 
Manakala, terdapat sembilan (9) syor baharu daripada negara ahli PBB yang memerlukan maklum balas khusus JAKIM untuk Pusingan Ketiga UPR Malaysia yang akan datang. Antaranya ialah mengenai inter-religious dialogue, kebebasan beragama, Syiah dan LGBT.
 
Y.Bhg. Dato’ Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM dalam kenyataan medianya baru-baru ini turut menyatakan akan memperhalusi dan mempertimbangkan syor-syor di atas selagi mana tidak bercanggah dengan Syariah dan Perlembagaan Persekutuan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa parameter ini juga bertepatan dengan Deklarasi Keherah Hak Asasi Manusia Islami (CDHRI, 1990) dan pendirian negara semasa meratifikasikan the Convention on Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW).
 
JAKIM/JAWI mengucapkan terima kasih kepada Ketua Delegasi Malaysia, iaitu Y.Bhg. Dato’ Ho May Yong, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Bahagian Hal Ehwal Multilateral, Kementerian Luar Negeri yang telah memberi peluang kepada JAKIM/JAWI untuk turut serta dalam misi pada kali ini. Penghargaan juga dirakamkan kepada Penganti Ketua Delegasi Malaysia, iaitu TYT Dato’ Mazlan bin Muhammad, Wakil Tetap di Misi Tetap Malaysia ke PBB yang telah memberikan kerjasama dan kemudahan logistik sepanjang Semakan UPR berlangsung. Dengan kejayaan misi ini, peranan JAKIM/JAWI di peringkat antarabangsa semakin terserlah dan diperlukan pada masa akan datang. 

Disediakan oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)