05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyediaan Sinopsis Teks Khutbah Jumaat dan Hari Raya 2014
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


 
alt
 

1 – 2 September 2013 (Selasa hingga Rabu) – Bahagian Pengurusan Kariah telah mengadakan Bengkel Penyediaan Sinopsis Teks Khutbah Jumaat dan Hari Raya 2014 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bertempat De Palma Hotel, Ampang Selangor.

Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang pegawai yang terdiri dari Panel Penyemak dan penulis khutbah. Perasmian bengkel ini  telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Basori Bin Haji Umar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah.

Bengkel ini adalah program berkala yang melibatkan penyediaan teks khutbah JAWI bagi memenuhi keperluan penyediaan teks khutbah Jumaat dan Hari Raya untuk tahun 2014. Ia juga merupakan salah satu perancangan strategik yang diadakan bagi menambahbaik mutu dan kualiti penulisan teks Khutbah Jumaat dan Hari Raya di samping meningkatkan imej JAWI sebagai agensi Jabatan Agama Negeri yang unggul.

Melalui pelaksanaan bengkel ini, perkongsian pintar di kalangan Panel Penyemak dapat menjana idea selain faktor pengalaman dan latar belakang yang pelbagai akan menghasikan teks-teks seperti yang disasarkan Jabatan.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks Oleh:
Cawangan Khutbah & Latihan
Bahagian Pengurusan Kariah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan