05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:16
Zohor
16:42
Asar
19:25
Maghrib
20:41
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Diskusi Ilmu:
Kelebihan 10 Terawal Zulhijjah & Hari Arafah


alt

3 Oktober 2013M/ 27 Zulkaedah 1434H (Khamis)
 
Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Diskusi Ilmu: Kelebihan 10 Terawal Zulhijjah & Hari Arafah bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara. 

Program ini telah mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 200 peserta di kalangan kakitangaan kerajaan, swasta, NGO dan masyarakat awam. Diskusi berkenaan buku "
Kelebihan 10 Terawal Zulhijjah & Hari Arafah" karangan Al Hafiz Ibnu Nasir Al Din Al Dimasyqi seorang tokoh ulama' Syria yang hebat ini disyarahkan oleh Y.Bhg Dato' Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin, Pengerusi dan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Turut hadir Y.Bhg Ustazah Azizah Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah dan Y.Bhg Tuan Hj Zakariah Bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada ibn Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Tiadalah dari hari-hari itu yang lebih suci, lebih dikasihi oleh Allah SWT dan lebih besar kedudukannya daripada kebaikan yang diamalkan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah". Riwayat Abi Hurairah r.a pula sabdaNya: "Tiada daripada hari-hari di dunia yang lebih dikasihi oleh Allah SWT untuk beribadah kepadaNya daripada hari-hari yang sepuluh. Puasa setiap hari dan hari-hari yang sepuluh ini menyamai puasa setahun. Solat pada setiap malam dari malam-malam yang sepuluh ini umpama solat pada malam al Qadar".

Diharapkan program ini membuka mata dan minda setiap kita untuk menyedari segala kelebihan yang terkandung pada 10 terawal Zulhijjah dan merebut peluang meraih pahala sebanyak-banyaknya demi mengecapi redha Allah SWT. 

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)