Lawatan Rasmi Delegasi Daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor
![]() Terbaru,Tanah Perkuburan Islam ini menerima kunjungan delegasi daripada Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Tujuan utama lawatan tersebut diadakan ialah bagi mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan projek Raudhatul Sakinah di samping dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak. Kunjungan tersebut disertai seramai 40 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam) MAIDAM, YBhg. Tuan Haji Omar Bin Musa. Hadir sama ialah Pengarah Kanan Jabatan Dakwah, Pendidikan Dan Pengurusan Masjid MAIDAM, YBhg. Dato' Hajhh Shamsiah Dato' Haji Awang. Manakala pihak JAWI yang hadir bagi menyambut ketibaan delegasi terbabit ialah YBhg. Ustazah Azizah Binti Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Yusof, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI serta YBhg. Ustaz Abdul Malek Bin Ghazali, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan Islam, Cawangan Pentadbiran & Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Terdahulu, Tuan Haji Abdul Rahman menyampaikan taklimat berhubung pelaksanaan projek Raudhatul Sakinah dan diikuti dengan sesi soal jawab sebelum membawa rombongan terbabit melawat sekitar tanah perkuburan tersebut. Raudhatul Sakinah (Kubur Dalam Taman) ialah projek membangunkan tanah perkuburan Islam moden yang membabitkan kerja memperindah landskap. Turut mempunyai ciri-ciri pengurusan yang sistematik dan dilengkapi dengan kemudahan sistem maklumat pengkebumian (e-Pusara).
Foto oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria Text oleh: Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan |
Jumlah paparan: 4481