05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:16
Zohor
16:42
Asar
19:25
Maghrib
20:41
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Sambil Belajar 5S JAWI Ke MPPD Dan MAINS
alt
 
11 SEPTEMBER 2013, NEGERI SEMBILAN – Buat julung-julung kalinya pihak JAWI mengambil inisiatif mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam usaha menjayakan pelaksanaan amalan 5S di JAWI.
 
Pihak JAWI memilih MPPD dan MAINS sebagai destinasi utama lawatan sulung ini kerana kedua-dua agensi berkenaan merupakan organisasi contoh yang telah menerima Penganugerahan Pensijilan Amalan Berkualiti 5S.
 
Lawatan berkenaan yang diketuai oleh YBhg. Encik Mahyuddin bin Sulaiman selaku Penyelaras 5S JAWI itu turut disertai seramai 28 orang Jawatankuasa Induk serta wakil fasilitator Program 5S JAWI.
 
Antara objektif utama lawatan ini diadakan ialah bagi mempelajari pelaksanaan 5S di agensi tersebut di samping berkongsi pengalaman dalam melaksanakan sistem pengurusan persekitaran yang selesa, berkualiti dan kondusif.
 
Semua ahli rombongan yang terlibat berkumpul di pekarangan Kompleks Pusat Islam berhadapan Masjid Negara pada jam 7.45 pagi bagi mendengar taklimat ringkas berhubung lawatan tersebut oleh pihak urus setia sebelum memulakan perjalanan pada jam 8.00 pagi.
 
Rombongan tiba di ibu pejabat MPPD pada jam 10.00 pagi dan telah disambut mesra oleh barisan Jawatankuasa 5S MPPD yang diketuai oleh YBhg. Encik Ahmad Hashim bin Bakar, selaku Setiausaha MPPD.
 
Terdahulu, beliau menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan 5S di MPPD dan turut berkongsi pengalaman serta tips-tips berkaitan sebelum membawa rombongan melawat sekitar pejabat operasi MPPD.
 
Pada sebelah petang, lawatan diteruskan dengan melawat pejabat operasi MAINS yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Ketibaan rombongan disambut oleh pegawai dan kakitangan MAINS termasuk Setiausaha MAINS, YBhg. Tuan Kamal Amran Kamarudin.
 
Agenda program diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Penyelaras 5S MAINS iaitu Ustaz Nor Azman Bin Amat, selaku Koordinator QE/5S MAINS, tayangan video dan sesi soal jawab. 
 
Rombongan kemudiannya dibahagikan kepada beberapan kumpulan untuk dibawa melawat sekitar ibu pejabat MAINS, Bahagian Kewangan MAINS dan Pusat Kaunseling MAINS yang terletak di sekitar Seremban.
 
Sesi lawatan tersebut berakhir pada jam 5.30 petang sebelum bertolak pulang ke Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya, lawatan berkenaan sedikit sebanyak memberi motivasi dan suntikan semangat kepada para rombongan untuk mengaplikasikan dan seterusnya menjayakan amalan 5S di JAWI.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan