Seminar Pemantapan Keluarga Tahun 2013
Objektif utama seminar diadakan bagi meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menghayati agama di dalam sesebuah keluarga bagi membentuk sebuah keluarga yang cemerlang dan harmoni. Selain itu, seminar ini memberikan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan sebuah keluarga di dalam melawan arus globalisasi bagi membentuk Negara yang cemerlang dan terbilang di samping memberikan penerangan tentang peranan setiap individu di dalam sesebuah keluarga sebagai satu institusi. Terdapat tiga slot ceramah antaranya ‘Ceramah 1 : Suami Dambaan Isteri dan Isteri Dambaan Suami’ disampaikan oleh YBhg. Ustaz Che Hashim Bin Said (Pendakwah Bebas). Diteruskan dengan ‘Ceramah 2 : Mahligai Kasihku Bahagia’ oleh YBhg. Ustazah Zawiyah Binti Hassan (Pendakwah Bebas). Diakhiri ‘Ceramah 3 : Cara Mengatasi Konflik Rumahtangga’ oleh YBhg. Ustaz Alwi Bin Parman (Pendakwah Bebas). Majlis diakhiri dengan Majlis Penyampaian Sijil dan Majlis Perasmian Penutup oleh YBhg. Ustazah Kamariah Binti Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, JAWI. Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Zakaria |
Jumlah paparan: 5100