Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramdhan 1434H
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan penyampaian mock cheque bernilai RM1,807,000.00 untuk diagihkan kepada Masjid/Surau di bawah Pentabiran Zon 3 & 4. Majlis telah dihadiri seramai 600 orang Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau dan juga telah dihadiri oleh YB. Datuk Johari Bin Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa dan YB. Datuk Ahmad Fauzi Bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan penyampaian mock cheque. Seterusnya majlis ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah. Secara keseluruhannya, majlis yang dianjurkan ini telah berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada tetamu yang hadir. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan dating supaya dapat mengekalkan tautan silaturrahim antara satu sama lain. Foto dan teks oleh: Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 4 |
Jumlah paparan: 5712