Diskusi Penyembelihan Halal Dan Pentauliahan
Objektif Diskusi ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kefahaman para fasilitator mengenai kaedah penyembelihan binatang menurut Islam secara teori dan praktikal. Seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Hab Halal, JAKIM dan Bahagian Pendakwaan, JAWI menghadiri seminar ini. Ceramah yang bertajuk Kebajikan Haiwan dan Penyembelihan Halal telah disampaikan oleh Prof. Dr. Zulkifli Bin Idrus dari Institut Pertanian Tropika, Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebanyak seekor lembu, seekor kambing serta 100 ekor ayam telah berjaya disembelih oleh para peserta bengkel pada slot praktikal sembelihan. Diskusi ini dirasmikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAWI. Turut hadir ialah YBhg. Tuan Ibrahim Bin Deris, Ketua Pendakwa Syarie memangku Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Diskusi yang bermula pada jam 8.30 pagi ini tamat pada jam 2.00 petang. Foto dan teks oleh: Bahagian Penyelidikan, Cawangan Hab Halal |
Jumlah paparan: 5019