Program Iqra': Jom Baca Al-Quran 2013 11 Mei 2013 (Sabtu) -
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di bawah Program Gerak Tumpuan, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar meneruskan siri jelajah Program Jom Iqra' di beberapa PPR terpilih kawasan Sentul bermula April hingga Jun 2013.
Program yang telah dimulakan di PPR Pekan Batu, Sentul pada 11 April lepas, bertujuan mengurangkan budaya lepak dan berpeleseran dikalangan anak-anak dan remaja, melahirkan individu yang kuat jati diri dan berakhlak dengan akhlak Islam di samping menanam kesedaran untuk mendekati Islam melalui minat untuk membaca Al-Quran.
Senarai PPR terpilih yang telah dan akan memulakan program ini adalah: PPR PEKAN BATU : 11 APRIL 2013 PPR SRI PANGKOR: 20 APRIL 2013 PPR TAMAN WAHYU II: 27 APRIL 2013 PPR INTAN BAIDURI : 27 APRIL 2013 PPR SERI TERENGGANU : 11 MEI 2013 PPR BATU MUDA : 11 MEI 2013 MADRASAH AL-KHAIRIAH,FLAT SRI PERAK : 11 MEI 2013 SURAU ISLAH,FLAT SERI NEGERI SEMBILAN: 11 MEI 2013 SURAU QUBA',BANDAR BARU SENTUL : 18 MEI 2013
Dengan menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran Al-Quran berasaskan teknik Al-Baghdadi, pihak penganjur telah menyediakan 3 orang guru yang terlatih dan mengajar 3 kategori kanak-kanak dan remaja iaitu kategori pelajar Tadika , Rendah dan Menengah.
Program ini diharapkan bakal memecah stigma 'bosannya mengaji' kepada 'seronoknya mengaji' di kalangan anak-anak ini dan mampu menjadi 'duta kecil dakwah' kepada keluarga dan masyarakat sekeliling mereka untuk kembali kepada fitrah iaitu Al-Quran & Islam.
Foto & Teks oleh: Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) |
Jumlah paparan: 4680