Majlis Perasmian Penarafan Bilik Air Dan Tempat Wuduk Masjid Dan Surau Wilayah Persekutuan
Majlis Perasmian Penarafan Bilik Air Dan Tempat Wuduk Masjid Dan Surau Wilayah Persekutuan
![]() Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai 400 orang pengerusi dan ahli jawatankuasa Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan. Antara pengisian program tersebut ialah penyampaian ceramah oleh YBhg. Dr. Mohd Aderi Bin Che Noh, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai Gred Penarafan Bilik Air Dan Tempat Wuduk Masjid Dan Surau Wilayah Persekutuan. Di dalam majlis itu juga YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali telah mengadakan lawatan ke bilik air dan tempat wuduk Masjid Usamah Bin Zaid yang telah dianugerahkan gred A Lima (5) Bintang. Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah YBhg. Tuan Ibrahim bin Deris, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan YBhg. Datuk Syed Mehdar bin Syed Abdullah, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Foto dan teks oleh: Bahagian Pengurusan Kariah Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan |
Jumlah paparan: 5482