05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:37
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Memuktamadkan Arahan Majlis Bagi Pelantikan, Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Masjid di Wilayah Persekutuan

Bengkel Memuktamadkan Arahan Majlis Bagi Pelantikan, Tugas dan Tanggungjawab
Pegawai Masjid di Wilayah Persekutuan


alt
 
2 April 2013 (Selasa) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah  berjaya mengadakan Bengkel Memuktamadkan Arahan Majlis Bagi Pelantikan, Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Masjid di Wilayah Persekutuan pada 28-30 Mac 2013 di Permaisuri Resort Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Pengarah Kanan Zon, Ketua-Ketua Imam dan Pegawai Bahagian Pengurusan Kariah  telah hadir sebagai peserta Bengkel yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan  Bahagian Pengurusan Kariah, Tuan Haji Mohd Basori bin Haji Umar. Bengkel ini juga turut dihadiri oleh 3 orang wakil daripada Pejabat Penasihat Undang Undang JAKIM iaitu Tuan Mohd Syahrizal Syah  bin Zakaria, Tuan Marzuki bin Hassan dan Cik Noor Haslina bt Osman serta Pegawai Unit Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) Tuan Wan Mohd Sanusi bin Mohd Noor.

Majlis Perasmian Bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Ketua Pendakwa Syarie Tuan Ibrahim bin Deris merangkap Pemangku Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Antara objektif bengkel yang diadakan adalah untuk memperincikan tentang pelantikan dan bidang tugas pegawai masjid sekaligus dapat mengelakkan pertindihan  kuasa dengan Ahli Jawatankuasa Masjid selaras dengan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
 


Cetak   Emel