06:06
Imsak
06:16
Subuh
13:28
Zohor
16:41
Asar
19:28
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Intensif Tamhid & Tajwid Al-Baghdadi 2013

alt
 

30 & 31 Mac 2013 (Sabtu & Ahad) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur (ATCKL) telah menganjurkan Bengkel Intensif Tamhid & Tajwid Al-Baghdadi 2013 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Bengkel selama dua hari yang telah dihadiri hampir 40 peserta yang terdiri daripada kakitangan awam, swasta, NGO dan pelajar IPT ini dikendalikan sepenuhnya oleh tiga tenaga perunding dari ATCKL yang diketuai oleh Pengarah ATCKL, Y.Bhg Ustaz Syahrul Nizam @ Abdullah B Abdul Mutalib. Ia bertujuan 
memperkenalkan teknik pengajaran buku Tamhid & Tajwid Al Baghdadi dan melahirkan guru-guru Teknik Al Baghdadi dan guru-guru Tajwid yang terlatih.

Program dimulakan dengan memperkenalkan Teknik Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi yang merupakan satu satu teknik pembelajaran asas  al-Quran  terkini yang mudah, menyeronokkan dan berkesan. Teknik yang mula diperkenalkan pada bulan Mac 2009 oleh pengasasnya Ustaz Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin Al Baghdadi ini,            memberi tumpuan kepada 6 kemahiran asas membaca Al-Quran menggunakan 2 buah buku yang padat, ringkas, mudah dan eksklusif (Tamhid & Tajwid). Teknik pengajaran bahasa yang terbukti berkesan; SAS (Struktur, Analisis & Sintesis) dengan kaedah sistematik, pendekatan inovatif & teknik yang menarik iaitu Teknik Ketukan telah terbukti berjaya melahirkan ikon cilik Al-Baghdadi yang berjaya khatam Al-Quran pada umur 5 tahun dan dewasa yang buta Al-Quran berjaya tamat asas dan tajwid Al-Quran dalam tempoh 6 bulan.

Keterujaanan para peserta ternyata terserlah semasa sesi praktikal pengajian buku Tamhid Al-Baghdadi yang merangkumi keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyah dengan baik, membaca tanda baris asas bacaan termasuk bacaan pendek, panjang (mad), mati (sukun), berganda (sabdu). Teknik Ketukan dan Teknik Bacaan Berirama pula memberi pengalaman berbeza kepada peserta kerana ia mampu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fokus, fasih dan tertib dengan cara yang amat menyeronokkan dan tidak membosankan. 

Diharapkan ilmu yang diperolehi dari bengkel ini bukan sahaja dapat membantu peserta menarik minat lebih ramai kanak-kanak untuk mengaji Al-Quran namun turut menambah kesedaran masyarakat khususnya dewasa terhadap kepentingan mempelajari ilmu agama yakni Al-Quran.


alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)