Lawatan Tokoh Maal Hijrah Negeri Sabah Ke JAWI
![]() Delegasi berkenaan yang diketuai oleh Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali, mewakili Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cawangan Sabah turut disertai oleh Encik Ali Khairudin Maarif, penerima anugerah Khalid Al-Walid, YBhg. Prof. Madya Dr. Hajah Arsiah Bahron penerima anugerah Sayyidatina Khadijah dan Cik Nur Faten Izaati Rablin penerima anugerah Fatimah az-Zahra. Lawatan berkenaan diadakan bagi mengetahui peranan JAWI di samping bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak. Hadir mewakili pihak JAWI ialah Tuan Ibrahim Bin Deris, Timbalan Pengarah (Operasi) merangkap Ketua Pendakwa Syarie, Bahagian Pendakwaan, Ustazah Azizah Binti Che Hassan (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah), Ustaz Mohamad Kori Bin Jusoh (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga), Ustazah Noor Azlina Binti Mohd Azim @ Ejim dan Ustazah Salasia Binti Isdal, wakil Bahagian Penguatkuasaan dan Encik Mohd Kassim Bin Maarof (Penolong Pegawai Penerangan Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan, Bahagian Khidmat Pengurusan).
Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria |
Jumlah paparan: 5243