Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Raja Muda Musa, Kampong Bharu, Kuala Lumpur
![]() SRA yang didirikan dengan peruntukan sebanyak RM3juta dan siap pada tahun 2009 ini dapat disiapkan dengan dua blok bangunan empat tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah bagi setiap satu blok serta kemudahan lain seperti pejabat, bilik guru, kantin dan perpustakaan yang sempurna untuk kemudahan warga sekolah. Majlis yang telah dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah sebagai langkah untuk terus memastikan semua masyarakat mendapat peluang pendidikan agama yang sempurna dan secara berterusan. Turut hadir, YB. Dato’ Dr. Mashitah Binti Haji Ibrahim (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), YBhg. Datuk Othman Bin Haji Mahmood (Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM), YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustafa (Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), YBhg. Dato’ Haji Idris Shaari Bin Mat Aris (Pengerusi Jawatankuasa SRA Raja Muda Musa & Jawatankuasa Masjid Jamek Kampong Bharu), YBhg. Datuk Johari Bin Abdul Ghani (Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa) dan YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Jaffar (Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan).
Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria |
Jumlah paparan: 6203