05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Pecah Tanah Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam, Kuala Lumpur
alt
 
26 Februari 2013 (Selasa)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Amona Development Sdn. Bhd. telah menganjurkan satu Majlis Pecah Tanah Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam, Kuala Lumpur bertempat di Tapak Tanah Masjid Jalan Kubur, Pantai Dalam Kuala Lumpur.
 
Tanah yang telah diwakafkan oleh Amona Group of Companies atas nama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak 3 ekar diperuntukkan untuk pembinaan masjid dan tanah perkuburan Islam ini telah dirasmikan oleh YB. Senator Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.
 
Masjid ini akan dibina selari dengan pembangunan yang pesat di kawasan persekitaran dengan mengekalkan ciri-ciri tradisional seni binanya dan kehalusan ukiran bagi menampilkan kemahiran serta kesenian motif-motif Islamik yang unggul disesuaikan dengan ciri-ciri moden kontemporari. Dijangka siap pada 2015 dengan kos sebanyak RM15 juta.
 
Masjid yang dibangunkan ini bakal memuatkan 3000 orang jemaah pada satu-satu masa yang mana terdapat prasarana lengkap antaranya Ruang Solat Lelaki dan Perempuan, Dewan Kelas, Ruang Pejabat, Perpustakaan, Galeri, Bilik Pengurusan Jenazah, Dua Unit Kuarters dan Kawasan Letak Kenderaan.
 
Turut hadir, YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, YBhg. Datuk Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Othman Bin Ahmad, Pengerusi Kumpulan Amona Sdn. Bhd. dan YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria