05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:37
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyelarasan Pentadbiran Dan Operasi Masjid di Wilayah Persekutuan
alt
 
21 Februari 2013 (Khamis) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan Bengkel Penyelarasan Pentadbiran dan Operasi Masjid di Wilayah Persekutuan bertempat di Ilham PNB Beach Resort,Port Dickson, Negeri Sembilan pada 18 - 21 Februari 2013 yang lalu.
 
Bengkel yang dilaksanakan selama 4 hari 3 malam ini melibatkan peserta seramai 133 orang terdiri daripada pengerusi dan ketua Imam masjid-masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Bengkel ini dilaksanakan untuk menyatukan idea-idea bagi perancangan aktiviti pengimarahan masjid di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2013.
 
Antara pengisian program adalah Seminar Pengurusan Fasiliti Masjid oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), slot ceramah “Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Dan Pegawai  Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan” oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBhg. Tuan Haji Ibrahim Bin Deris, slot ceramah “Tuntutan Dalam Pengimarahan Masjid” oleh YBhg. Tuan Haji Hazaruddin Bin Haji Baharuddin, Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan Bengkel Penyelarasan Aktiviti Pengimarahan Masjid di Wilayah Persekutuan oleh Bahagian Pengurusan Kariah JAWI.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI
Cawangan Kuala Lumpur