Seminar Valentine’s Day
![]() Antara Objektif seminar iaitu memberi pendedahan mengenai keburukan sambutan Valentine’s Day, meningkatkan kesedaran para remaja tentang hukum dan batas pergaulan dalam Islam, memberi pendedahan mengenai keburukan pergaulan tanpa batasan syariat serta memberi kafahaman mengenai peruntukan Undang-Undang Syariah di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Seminar tersebut telah diisi dengan dua slot ceramah iaitu Slot Pertama : “Ada Apa Dengan Valentine’s Day” dan Slot Kedua : “Fitnah Cinta Insani”. Kedua-dua slot telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg. Ustaz Mohd Zamri Bin Mohd Shapik, Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengurusan dan Undang-Undang Institut Latihan Islam Malaysia Bangi, Selangor. Seminar telah berakhir dengan jayanya sekitar jam 12.30 tengahari.
Foto dan teks oleh: JAWI Cawangan Labuan |
Jumlah paparan: 4477