05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Peningkatan Kerjaya Pendaftar Dan Penolong Pendaftar Wilayah-Wilayah Persekutuan Bil.1 2012
alt
 
2 Oktober 2012 (Selasa) – Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kerjaya Pendaftar Dan Penolong Pendaftar Wilayah-Wilayah Persekutuan Bilangan 1/2012 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam.

Majlis perasmian kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI yang mewakili YBhg. Datuk Pengarah JAWI.

Sesi ceramah berkenaan dimulakan dengan topik ‘Peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Dalam Penyelesaian Isu-Isu Keluarga Berkaitan Hak Dan Tuntutat Selepas Penceraian di Mahkamah Syariah’ yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Haji Mohd Naim Bin Haji Mokhtar,  Timbalan Pengarah BSK, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Majlis diteruskan dengan sesi taklimat hal-hal terkini berkaitan nikah, cerai dan ruju’ oleh YBhg. Ustaz Mohamad Kori Bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah, BPPK JAWI dan Slot Bersama Ketua Pendaftar dan Pendaftar Kanan (Nikah, Cerai dan Ruju’) iaitu YBhg. Ustazah Kamariah Binti Abdullah yang juga merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI.

alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria